ROMPIN. 23 Mac 2022 – Seorang asnaf, pesakit lumpuh separuh badan iaitu Encik Samaudin Bin Ahmad, 66, dari Kampung Pianggu telah menerima bantuan peralatan perubatan berupa sebuah Katil Hospital Tiga Fungsi bernilai RM 2775.00 dari Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Penyerahan bantuan berkenaan telah dilakukan oleh pihak MUIP Cawangan Daerah Rompin di kediamannya di Kampung Pianggu. Hadir bersama ketika penyerahan berkenaan Encik Rani Bin Osman, Ketua Kampung Pianggu.

Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh Encik Samaudin dan ahli keluarga dalam menguruskan urusan kehidupan seharian beliau.