ROMPIN. 23 Mac 2022 – Seorang penerima Bantuan Bulanan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah disantuni di kediamannya yang terletak di Kampung Janglau.

Penerima bantuan bulanan berkenaan, Encik Ahmad Bin Harun, 68 kini terlantar akibat penyakit Kencing Manis dan Darah Tinggi kronik yang dihidapi, disamping patah tulang kaki akibat tergelincir di rumah kediamannya sebelum ini.

Prihatin dengan ujian yang menimpa Encik Ahmad, pihak MUIP telah meluluskan bantuan Katil Hospital Tiga Fungsi bernilai RM 2775.00 kepada beliau.

Terdahulu, Encik Ahmad turut menerima bantuan rawatan berjumlah RM 1,800.00 dari MUIP bagi tujuan pembedahan, untuk kaki beliau yang patah akibat tergelincir.

Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh Encik Ahmad dan ahli keluarga dalam menguruskan urusan kehidupan seharian beliau.