ROMPIN. 18 November 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin terus komited menyantuni Masyarakat Orang Asli di daerah ini dengan menganjurkan Program Ziarah Dan Ramah Mesra ke Kampung Orang Asli (KOA) Sawak. Sebanyak 30 buah keluarga telah diziarahi dalam program kali ini, dan dari kesemua keluarga yang menghuni KOA berkenaan, 6 keluarga daripada mereka beragama Islam. Diharapkan dengan penganjuran program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak MUIP Cawangan Daerah Rompin dengan penduduk Islam di KOA ini khususnya, serta keseluruhan penduduk di KOA ini amnya.