ROMPIN. 18 November 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin telah menyerahkan bantuan peralatan kepada keluarga Encik Abdul Wahab Bin Abdul Rani dari Kampung Tebu Hitam. Dalam satu acara penyerahan ringkas yang diadakan di kediaman beliau, Encik Abdul Wahab diwakili oleh isterinya Puan Zarina Binti Mohd Dom telah menerima bantuan peralatan berupa sebuah Mesin Jahit Tepi yang bernilai RM 1950.00 dari MUIP. Puan Zarina mengusahakan perniagaan jahitan secara kecil-kecilan di rumahnya bagi membantu suaminya yang sekadar bekerja kampung dengan pendapatan tidak menentu. Pasangan suami isteri berkenaan turut menanggung seorang anak kelainan upaya (OKU) yang masih berada di bangku sekolah. Semoga bantuan yang diterima sedikit sebanyak dapat memberi manfaat serta membantu keluarga Encik Abdul Wahab untuk meningkatkan pendapatan bagi memenuhi keperluan harian mereka sekeluarga.