MUADZAM SHAH. 19 November 2021 – MUADZAM SHAH, 19 NOVEMBER 2021- Kegembiraan jelas terpancar di raut wajah keluarga ini sebaik sahaja MUIP tiba membawa bantuan yang sangat diperlukan. Tepat jam 5.40 petang, MUIP Cawangan Muadzam Shah tiba di rumah Encik Jusri bersama bantuan katil 2 fungsi dan tilam PVC. Encik Sani yang merupakan Setiausaha JKKK turut hadir mewakili Ketua Kampung Bukit Ibam bagi menyaksikan serahan bantuan zakat ini.

Daniel Haikal yang terlantar akibat sakit saraf diziarahi oleh pihak MUIP Cawangan Muadzam Shah tengah hari tadi di rumah bapanya, Encik Jusri. Beliau sangat memerlukan tilam dan katil khas ini bagi memudahkan pergerakannya dan dapatlah menikmati sedikit keselesaan dalam meneruskan kehidupan seharian.

Bantuan ini disampaikan oleh pihak MUIP iaitu Pengurus Cawangan Daerah beserta Pembantu Hal Ehwal Islam MUIP Cawangan Muadzam Shah. Pihak MUIP berasa sangat gembira apabila melihat keterujaan adik Daniel ini menerima bantuan sebegini. Terima kasih kepada pembayar zakat Negeri Pahang, andalah hero sebenar yang membantu golongan yang memerlukan.