BERA. 18 November 2021 – BERA : 18 NOVEMBER 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Bera telah membuat siasatan berhubung dengan permohonan bantuan peralatan melibatkan 4 permohonan di sekitar Taman Merbau Indah, Taman Tg Jaya dan Felda Bukit Puchong.

Permohonan pertama dari En Hamizan Bin Hasan. Beliau ingin memohon mendapatkan peralatan mesin membuat sambal kelapa. Beliau kini menjalankan perniagaan dengan menjual nasi kerabu di sekitar Bandar Bera.

Permohonan kedua dari En Maheran Bin Mohd Sutan. Beliau ingin memohon mendapatkan beberapa peralatan seperti chiller, freezer serta gas cooker. Beliau kini menjalankan perniagaan dengan membuka kedai makan di simpang Felda Bukit Mendi.

Permohonan ketiga dari Puan Masyetah Binti Morad. Beliau ingin memohon mendapatkan beberapa peralatan seperti oven, mixer serta noodle machine. Beliau kini menjalankan perniagaan hanya di rumah dengan mengambil tempahan membuat kuih-muih secara dalam talian di sekitar Felda Bukit Puchong.

Permohonan keempat pula, dari En Jamali Bin Mohd Yahya. Beliau ingin memohon mendapatkan beberapa peralatan seperti gas cooker, freezer serta blender. Beliau kini menjalankan perniagaan menjual yong tau foo dengan menyewa tapak gerai di sekitar Felda Bukit Puchong.