TEMERLOH. 19 November 2021 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah menziarahi keluarga Allahyarham amil Bahari bin Muda yang meninggal awal bulan yang lalu. Allahyarham merupakan amil zakat fitrah Muip bagi Kampung Tualang Ulu, Temerloh.

Bantuan khairat kematian telah di serahkan kepada isteri Allahyarham di rumahnya di kampung tualang pada pagi ini.

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang telah meluluskan bantuan segera khairat kematian berjumlah Rm 1000.00 kepada waris Pegawai Masjid, Amil dan Wali Hakim bagi meringankan beban keluarga Allahyarham.

#caknaasnaf #muippahang #muiptemerloh