BERA. 18 November 2021 – 18 NOVEMBER 2021- MUIP Cawangan Bera telah melakukan pemantauan melibatkan 2 rumah Asnaf Muallaf yang sedang dibina di Pos Iskandar, Bera.

Kerja pembinaan sudah hampir siap sepenuhnya dan memerlukan sedikit masa lagi untuk proses kemasukan meter air dan elektrik.

Semoga kerja bina baru ini, berjalan seperti yang dirancang dan akan diserahkan kepada Asnaf Muallaf.