TEMERLOH. 19 November 2021 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah menziarahi dan menghulurkan bantuan wang tunai kepada mangsa kebakaran rumah dan kedai di Kg. Batu 1, Temerloh awal pagi ini.

Dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada pagi selasa lalu, 4 buah kedai dan 1 rumah kediaman telah terbakar yang berpunca dari litar pintas dan mengakibatkan keseluruhan deretan kedai hangus terbakar.

Bantuan berupa wang tunaitelah di sampaikan oleh Pegurus Muip Cawangan diiringi Al Fadhil Qadhi Daerah Temerloh.

Semoga dengan sedikit sumbangan keewangan daripada MUIP dapat meringankan beban dan kesedihan buat mangsa sekeluarga.

#caknaasnaf #muippahang #muiptemerloh