TEMERLOH. 19 November 2021 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah menziarahi dan serta menghulurkan bantuan wang tunai kepada mangsa ribut di Kampung Desa Bakti mentakab hari ini.

Dalam kejadian ribut yang berlaku pada petang rabu lepas, sebuah rumah warga emas rosak di bahagian atap rumah apabila ribut yang menumbangkan pokok durian dan telah tumbang.

Pengurus Muip cawangan mendapat kerjasama dari penghulu mukim dan jkk kampung dalam mendapatkan maklumat mangsa serta kerosakan yang di alami.

Pihak Muip menghulurkan bantuan wang tunai kepada mangsa berdasarkan jumlah kerugian yang dialami bagi membantu mereka meringankan beban bagi baikpulih bahagian rumah yang rosak tersebut.

Semoga dengan sumbangan keewangan yang diberikan daripada MUIP dapat meringankan beban dan kesedihan buat mangsa yang terlibat

#caknaasnaf #muippahang #muiptemerloh