MUADZAM SHAH. 19 November 2021 – MUADZAM SHAH, 19 NOVEMBER 2021 – Pada hari ini, pihak MUIP Cawangan Muadzam Shah hadir ke rumah asnaf bagi menyantuni keluarga Encik Jusri di Bukit Ibam. Anak beliau yang bernama Daniel Haiqal yang berumur 17 tahun yang merupakan seorang OKU kategori masalah pembelajaran/lembam mengalami masalah kesihatan berkaitan saraf.

Ketika pihak MUIP tiba di rumahnya, didapati Daniel Haiqal ini hanya terlantar dan memerlukan sebuah katil khas bagi memberikan sedikit keselesaan untuk beliau. InshaAllah, pihak MUIP akan memikirkan apakah bantuan zakat yang sewajarnya kepada beliau selain katil khas tersebut dan akan menyegerakan secepatnya pemberian zakat kepada Encik Jusri sekeluarga.