TEMERLOH. 18 November 2021 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong As Sultan Abdullah hari ini perkenan mencemar duli berangkat ke 3 buah kampung bagi menyantuni asnaf serta menyerahkan rumah bantuan banjir sumbangan Yayasan Sultan Abdullah.

Sebanyak 3 buah keluarga dari 3 kampung iaitu kampung lompat, kampung pangsenam dan kampung pengkalan pasir telah terpilih bagi merima bantuan bina baru rumah tersebut.

Di samping itu seramai 15 keluarga asnaf telah di santuni Tuanku Yang Dipertuan Agong dan telah di kurniakan sumbangan hamper makanan dan wang tunai dari Muip dan Istana Negara.

Penduduk kampung yang di santuni oleh Tuanku sangat gembira dan bersyukur kerana di datangi Tuanku Sultan ke kampung mereka.

Semoga dengan bantuan yang diberikan dapat memberi keselesaan dan kegembiraan buat penerima dari kalangan asnaf.

#caknaasnaf #muippahang #muiptemerloh