MUADZAM SHAH. 18 November 2021 – MUADZAM SHAH, 18 November 2021 – Meskipun En Jamil bin Angkut, seorang muallaf tinggal di rumahnya yang jauh ke pedalaman, namun pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah tidak mengabaikan mereka sekeluarga.

Pihak MUIP dengan kerjasama JKKOA Kampung Pelam menziarahi beliau serta menyampaikan agihan zakat kategori rawatan berjumlah RM400. Pada bulan Ramadhan yang lalu, beliau telah menerima zakat kategori bantuan menyambut hari raya dari MUIP berjumlah RM300.

Seandainya mana-mana pihak mengetahui terdapat individu atau keluarga yang berada dalam kesusahan, segeralah memaklumkan kepada pihak MUIP. Jika pergerakan terbatas atas faktor kesihatan atau tiada kenderaan untuk hadir ke pejabat MUIP, pihak MUIP sendiri akan hadir ke rumah asnaf tersebut. InshaAllah.