TEMERLOH. 17 November 2021 – Asdi Bin Kadir nama diberi selepas memeluk Islam di Pejabat MUIP Temerloh. Beliau berusia 21 tahun ketika melafazkan syahadah yang mulia.

Tambahan pula, beliau merupakan penduduk baharu yang datang berhijrah daripada Kampung Orang Asli Sg Kiol lalu kini menetap di Kampung Orang Asli Paya Sendayan.

Beliau telah dibawa oleh Encik Rozilan Bin Abas dan Penggerak Masyarakat Orang Asli, Ustaz Mohd Tarmizi Bin Mohd Tahir.

Pihak MUIP Temerloh merakamkan sebesar-besar syukur ke hadrat ilahi atas hidayah dan taufiq Allah SWT kepada saudara baru ini. Oleh itu, sama-sama didoakan agar beliau dikurniakan bimbingan dan kekal istiqamah dalam menjalani tanggungjawab serta amanah sebagai seorang Muslim.

#caknadakwah #muiptemerloh #baitulmalpahang