MUADZAM SHAH. 17 November 2021 – MUADZAM SHAH, 17 November 2021- En Aminludin yang tinggal di Desa Pinggir Pelangi, Muadzam Shah mengalami masalah patah tulang kaki kanan telah menerima bantuan MUIP berupa kerusi roda bagi digunakannya kerana pergerakan yang terbatas.

Sebelum ini beliau bekerja sebagai tukang masak, dan kini beliau tidak mampu lagi bekerja sehinggalah beliau sembuh sepenuhnya. Pihak MUIP mendoakan agar beliau segera dikurniakan kesembuhan dan sihat sepenuhnya seperti sediakala.