MUADZAM SHAH. 17 November 2021 – MUADZAM SHAH, 17 November 2021- Pihak MUIP Cawangan Muadzam Shah ke Bukit Ibam bertujuan menziarahi Encik Md Nawi sekeluarga bagi mengenalpasti jenis bantuan yang sesuai diberikan kepada beliau berdasarkan keperluan terkini mereka.

Beliau juga sebelum ini pernah menerima zakat kategori bantuan modal/peralatan berupa motosikal roda tiga bagi kegunaan isterinya untuk berniaga. Pada Ramadhan yang lalu, beliau turut menerima zakat kategori bantuan menyambut hari raya berupa wang tunai berjumlah RM1,000.00 dari MUIP yang disalurkan terus ke akaun bank penerima.