MUADZAM SHAH. 16 November 2021 – MUADZAM SHAH, 16 November 2021- Pengurus Cawangan Daerah beserta dua orang kakitangan MUIP Cawangan Muadzam Shah turun padang ke rumah En Zamri di Kampung Meripoh, Muadzam Shah bagi meninjau kerja baikpulih rumahnya yang berjumlah RM17,980.00.

Encik Zamri yang tinggal di rumah tersebut bersama isteri dan 4 orang anaknya sangat berterima kasih kepada pihak MUIP kerana dengan bantuan kategori baikpulih rumah ini, mereka sekeluarga dapatlah berada di dalam kediaman yang lebih selesa berbanding sebelumnya.

Inilah hasil wang zakat yang dibayar oleh semua pembayar zakat kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ), jutaan terima kasih dan tahniah kepada anda semua. Sebarang permohonan zakat di Muadzam Shah, segeralah menghubungi pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang beralamat di MM100 Bangunan Kedai/Pejabat, Jalan MM8, Medan Mewah, Muadzam Shah. Atau hubungi kami di talian 09-4523324 dan 0199147235.