MUADZAM SHAH. 15 November 2021 – MUADZAM SHAH, 15 November 2021- Seorang anak kepada Encik Halidi yang berusia 18 tahun perlu menjalani pembedahan akibat kecederaan yang dialaminya semasa bersukan di sekolah.

Anak beliau yang bernama Syafiq Haikal itu telah disahkan mengalami masalah right anterior cruciate ligament (ACL) iaitu kecederaan pada tisu lutut kanan. Pihak hospital mengesyorkan satu pembedahan implan dilakukan bagi merawatnya.

Walaupun Syafiq Haikal didapati masih boleh berjalan, namun ada kemungkinan ia akan memberi kesan jangka panjang. Bagi tujuan pembedahan tersebut, pihak MUIP menyerahkan wang tunai sebanyak RM5, 000.00 dan mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan serta kembali pulih seperti biasa.