KUALA LIPIS. 14 November 2021 – MUIP Lipis telah menerima berita daripada ketua kampung Kampung Lalang berkenaan seorang ibu tunggal yang tinggal bersama 2 orang anaknya tinggal di rumah yang serba daif.
Norzana Baharom,41, ibu tunggal tersebut bekerja sebagai penjual minuman di gerai kecil telah menetap di rumah tersebut lebih dari 5 tahun.
Seorang anaknya telah berkahwin manakala seorang lagi anaknya masih bersekolah di sekolah menengah dan dimaklumkan anaknya itu adalah OKU (hyper aktif).
Jika dilihat kepada keadaan rumahnya,seolah-olah tiada penghuni dan terbiar,ini disebakan rumah beliau telah mengalami kerosakan atap dan dinding retak akibat tanah runtuh.
Beliau tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membaiki rumahnya, dan disebabkan itu, beliau tidak lagi mengendahkan keadaan rumahnya.
Pihak MUIP berasa simpati dengan keadaan rumah Norzana dan insyaAllah akan cuba membantu membaiki keadaan rumahnya agar lebih selamat dan selesa.
Terima kasih diucapkan kepada Ketua Kampung Kampung Lalang di atas keperihatinan beliau dalam membantu ibu tunggal tersebut.