KUALA LIPIS. 12 November 2021 – Pihak MUIP telah meluluskan bantuan baik pulih rumah sebanyak RM 20,000 kepada asnaf Puan Khatijah Awang,47,yang menetap di Kampung Kechau Tui,Lipis.
Dimaklumkan,beliau tinggal bersama kakaknya dan sumber pendapatan mereka dari Puan Khatijah sendiri yang bekerja di kerani kilang papan.
Selama ini rumahnya kelihatan tidak sempurna kerana tidak mampu membaiki bahagian-bahagian yang rosak seperti atap dan dinding rumah yang mana menyebabkan kurang selamat bagi mereka berdua.
Dengan bantuan yang disalurkan MUIP ini memberi kegembiraan kepada Puan Khatijah dan keselesaan yang lebih baik.