TEMERLOH. 11 November 2021 – Puan Hasmidar bt Ahmad dari Tanjung Kerayong, Mentakab, mengucapkan rasa syukur dan ribuan terima kasih kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang diatas sumbangan bantuan Zakat Peralatan yang diberikan, katanya sewaktu penyerahan barang bantuan pada petang khamis.

Beliau merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai 4 orang tanggungan dan 3 orang daripadanya masih bersekolah.Beliau kini berniaga secara kecil kecilan bagi menyara hidup keluarga.

Pihak MUIP telah meluluskan bantuan peralatan yang di pohonnya iaitu 1 unit Burger Stall Stainless steel yang bernilai RM 2200.00. Penyerahan tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Muip Cawangan Daerah Temerloh.

Semoga dengan sumbangan peralatan tersebut dapat membantu beliau mencari sumber pendapatan untuk menyara anak anak sekaligus dapat keluar dari golongan asnaf.

#caknaasnaf #baitulmalpahang #muiptemerloh