TEMERLOH. 11 November 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh hari ini telah menziarahi satu ibu tunggal yang kematian suami akibat sakit pada bulan lepas.

Beliau kini tinggal menumpang ibunya bersama 2 orang anaknya yang msih kecil. Beliau tidak mempunyai sebarang pendapatan selepas kematian suaminya. Kini hanya mengharap bantuan ehsan dari saudara mara berhampiran sahaja.

Pihak Muip akan memberi bantuan yang sewajarnya buat beliau bagi meneruskan kehidupan yang lebih baik. Dalam ziarah tersebut, pihak muip menghulurkan set makanan asas buat keluarganya.

#MuipTemerloh #BaitulMalPahang #AsnafZakat #CaknaAsnaf