TEMERLOH. 11 November 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh bersama Pejabat Daerah dan jawatankuasa kampung meninjau keadaan surau kampung lompat yang memerlukan beberapa pembaikan akibat bencana banjir yang berlaku pada awal tahun .

Jawatankuasa surau melalui ketua kampung ingin memohon jasa baik Muip bagi membantu pembaikan pagar surau yang telah rosak seluruhnya serta tingkap surau yang tidak dapat digunakan akibat tenggelam banjir.

Pihak Muip akanmenilai dan mempertimbangkan permohonan daripada jawatankuasa surau tersebut bagi pembaikan tersebut.

#MuipTemerloh #BaitulMalPahang #AsnafZakat #CaknaAsnaf