TEMERLOH. 11 November 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh hari ini telah menyantuni satu keluarga asnaf di taman chatin hills mentakab yang di laporkan terputus mata pencarian bagi sara hidup keluarga.

Beliau tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga isteri yang menghidap penyakit stroke separuh badan kini mengharapkan bantuan daripada anaknya sahaja. Bagi menampun keperluan keluarga, si suami ikhtiar juga mencari kerja untuk sara hidup keluarga dan rawatan buat isteri.

Pihak Muip akan memberi bantuan yang sewajarnya buat mereka bagi dalam menguruskan sara hidup mereka sekeluarga. Setiap golongan asnaf akan dipastikan kebajikan dan keperluan mereka dapat dipenuhi mengikut kepada keadaan sara hidup semasa.

#MuipTemerloh #BaitulMalPahang #AsnafZakat #CaknaAsnaf