TEMERLOH. 10 November 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh telah menziarahi satu keluarga yang tinggal menyewa di rumah kedai di mentakab awal pagi rabu.

Beliau yang merupakan ibu tunggal tinggal bersama anak dan menantunya di rumah kedai yang disewanya yang dijadikan restoran tempat mencari nafkah buat mereka sekeluarga. Akibat pandemik dan perintah kawalan pergerakan yang baru berakhir, beliau bangkit semula memulakan pernigaan yang terjejas sebelumnya.

Pihak Muip akan memberi bantuan yang sewajarnya buat mereka bagi mengstabilkan semula perniagganya agar mereka dapat meneruskan pernigaan dengan baik. Setiap golongan asnaf akan dipastikan kebajikan dan keperluan mereka dapat dipenuhi mengikut kepada keadaan sara hidup semasa.

#MuipTemerloh #BaitulMalPahang #AsnafZakat #CaknaAsnaf