TEMERLOH. 10 November 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh menziarahi seorang bapa tunggal di kampung buntut pulau yang menghidap penyakit buah pinggang tahap 4 di rumahnya pada petang rabu.

Beliau yang telah disahkan menghidap penyakit tersebut kini tidak dapat bekerja seperti biasa dan perlu mendapatka rawatan hemodialisis setiap hari. Sumber pendapatan beliau daripada pencen illat yang diterimanya dan perlu perbelanjaan besar bagi rawatan penyakitnya tersebut.

Pihak Muip akan memberi bantuan yang sewajarnya buat beliau. Setiap golongan asnaf akan dipastikan kebajikan dan keperluan mereka dapat dipenuhi mengikut kepada keadaan sara hidup semasa.

#MuipTemerloh #BaitulMalPahang #AsnafZakat #CaknaAsnaf