MUADZAM SHAH. 11 November 2021 – Muadzam Shah, 11 November 2021-MUIP Cawangan Muadzam Shah dengan kerjasama Unit Teknikal MUIP Kuantan bersama kontraktor pembinaan ke rumah asnaf pagi ini bertujuan membincangkan struktur bangunan rumah yang akan dibina di tapak bersebelahan rumah asnaf ini.
Asnaf yang tinggal bersama dua orang anaknya itu sangat berterima kasih kepada pihak MUIP atas keprihatinan terhadap keadaan rumahnya yang hampir runtuh.
Semoga proses pembinaan kediaman baharu untuk mereka berjalan lancar dan dapat disiapkan seberapa segera agar keselamatan lebih terjamin untuk mereka tiga beranak berteduh.