MUADZAM SHAH. 11 November 2021 – MUADZAM SHAH, 11 November 2021- Puan Hasnah binti Katon bersyukur dan sangat berterima kasih atas bantuan baikpulih rumah yang diberikan oleh pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Rumahnya yang terletak di Kampung Rekoh, Muadzam Shah itu menerima kos pembaikan berjumlah RM18, 000.00 bertujuan memberikan sedikit keselesaan kepada beliau yang turut menetap bersama dua orang anaknya.

Pihak MUIP sangat mengalu-alukan maklumat berkenaan kesusahan asnaf dari mana-mana pihak, baik dari Ketua Kampung mahupun dari sesiapa sahaja agar tiada asnaf yang terlepas dari menerima bantuan zakat. Sebarang maklumat berkenaan asnaf di daerah Muadzam Shah bolehlah menghubungi pejabat MUIP Cawangan Muadzam Shah di talian 09-4523324 dan 0199147235.