BERA. 04 November 2021 – 04 NOVEMBER 2021 – MUIP Cawangan Bera seawal pagi memasuki Koa Durian Kuning mengadakan gotong royong bagi menyiapkan pembinaan rumah Muallaf dan membuat penyerahan kepada pemiliknya yang merupakan Muallaf Oku iaitu Ali Bin Tamba.

Seterusnya, diikuti dengan program Ziarah Muallaf di perkampungan tersebut. Seramai 15 Ketua Keluarga di ziarahi dan sedikit serahan Hampir Fidyah.

Pada sebelah malamnya pula, agihan Hamper Fidyah di Pos Iskandar kepada Ketua Keluarga Islam di Surau Koa Pelawan setelah majlis bacaan yasin dan tahlil yang dipimpin oleh ust Roymie Bin Hamzah selaku Penggerak Jakim di situ.

Turut hadir sepanjang program pada hari ini Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) dan Pembantu Penggerak Masyarakat Orang Asli (PePIMA).

Terima Kasih kepada semua yang terlibat. Semoga apa yang dilaksanakan ini beroleh ganjaran disisi Allah SWT.