TEMERLOH. 08 November 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh hari ini telah menziarahi 2 buah keluarga golongan asnaf yang tinggal di rumah yang uzur di Kampung Bintang dan Kampung Tanjung Batu bagi melihat kesusahan yang di hadapi mereka.

Ziarah ini bertujuan untuk melihat keadaan golongan asnaf setelah mendapat aduan perihal kesusahan yang dihadapi. Turut hadir sama dalam ziarah kali ini Adun Kuala Semantan YB Nor Azmi bin Mat Ludin dan YDP Pas Kawasan Temerloh Tn Haji Jusoh bin Darus .

Pihak Muip akan membantu keluarga ini sewajarnya. Setiap golongan asnaf akan dipastikan kebajikan dan keperluan mereka dapat dipenuhi untuk kelangsungan hidup.

#MuipTemerloh #BaitulMalPahang #AsnafZakat
#CaknaAsnaf