TEMERLOH. 09 November 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh hari ini telah menziarahi pesakit kanser usus yang ingin memohon bantuan baik pulih rumahnya yang uzur di felda lakum, lanchang.

Beliau sekeluarga kini tinggal menyewa rumah di felda bukit damar. Beliau mempunyai 7 orang tanggungan yang masih bersekolah dan seorang daripada anaknya memghidap kanser otak.

Pihak Muip akan membantu keluarga ini sewajarnya. Setiap golongan asnaf akan dipastikan kebajikan dan keperluan mereka dapat dipenuhi untuk kelangsungan hidup.

#MuipTemerloh #BaitulMalPahang #AsnafZakat
#CaknaAsnaf