TEMERLOH. 08 November 2021 – Seorang pemuda berbangsa khadazan dari Mentakab, telah kembali Agama Fitrah setelah lama memendam rasa untuk memeluk agama Islam.

Majlis Syahadah telah dipilih pada hari Jumaat penghulu segala hari yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Hambal bin Mohamed Alwee, Pembantu Hal Ehwal Islam MUIP dan di saksikan oleh Imam Besar Masjid Abu Bakar Mentakab Imam Mohamad Azmir Al-Rashid bin Abdul Rahman.

Majlis ringkas tersebut diadakan pejabat MUIP Cawangan Temerloh. Pemuda tersebut turut menerima kelengkapan kit Ibadah.Semoga dipermudahkan segala Urusan pemuda tersebut untuk terus belajar.

#MuipCaknaUmmah
#IslamAgamafitrah
#SayangSesamaSaudara