TEMERLOH. 08 November 2021 – Seorang wanita berbangsa asli dari Kampung Orang Asli Paya Sendayan Temerloh telah menyatakan sepenuh hati beliau untuk memeluk agama Islam di Pejabat MUIP Cawangan Temerloh.

Beliau telah diberikan sedikit perkongsian berkenaan Islam sebelum diberi bimbingan untuk melafazkan 2 kalimah syahadah yang mulia. Majlis syahadah beliau telah diselesaikan dengan baik dan disaksikan oleh Penggerak Masyarakat Orang Asli dan pembawa beliau.

Setinggi syukur dirakamkan oleh Pihak MUIP Temerloh kerana berkat Allah SWT, telah bertambah umat Islam di muka bumi Allah ini. Moga beliau terus kekal dalam Islam dan diberikan bimbingan demi mendalami Islam serta dikuatkan keimanan kepada Sang Penciptanya.

#caknadakwah #muiptemerloh #baitulmalpahang