KUALA LIPIS. 08 November 2021 – Pihak MUIP Lipis telah menziarahi Puan Hasnani yang telah kehilangan suaminya akibat jangkitan kuman dan usus bengkak baru-baru ini.
Pihak MUIP telah mendapat pengkhabaran tentang keadaan suaminya sebelum ini dari pihak Hospital Kuala Lipis,yang menyatakan arwah suaminya menghidap sakit usus bengkak dan memerlukan rawatan yang lama.
Ketika diziarahi,Puan Hasnani berada di rumah kerana masih di dalam tempoh iddah dan ketika ditanya perancangannya akan datang,beliau berkata,beliau akan bekerja dengan kakaknya yang mengusahakan katering dan akan berpindah ke Sungai Koyan di rumah ibunya.
Beliau sebelum ini menetap di Bukit Betong bersama suami dan anak-anak lebih daripada 10 tahun.