KUALA LIPIS. 03 November 2021 – Sambutan Maulidur Rasul di Kampung Orang Asli di Sungai Tementong di sambut dengan sederhana namun tetap mendapat sambutan di kalangan penduduk setempat.
Dihadiri dari kalangan kanak-kanak dan dewasa,lelaki dan wanita,dengan menyertai semua acara yang disediakan pihak penganjur.
Program ini disertai oleh MUIP Lipis,wakil PEPIMA dari Kampung Sungai Tementong,Penggerak Masyarakat Orang Asli dan PAID Lipis.
Sambutan ini bermula pada jam 12 tengahari dan berakhir pada jam 7.00 petang,dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.