ROMPIN. 03 November 2021 – Dua agensi Agama Daerah Rompin, iaitu Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin serta Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Daerah Rompin telah berganding bahu menyantuni sekitar 32 buah keluarga Saudara Muslim Orang Asli di Kampung Orang Asli (KOA) Sungai Mok dan 9 buah keluarga Saudara Muslim Orang Asli di KOA Sembayan. Program ini diadakan bertujuan untuk beramah mesra dan bertanya khabar , disamping melihat keadaan dan perkembangan terkini golongan berkenaan. Setiap keluarga yang disantuni dalam program berkenaan turut menerima bantuan berupa barangan keperluan harian. Program ini turut mendapat kerjasama dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Rompin serta Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Orang Asli (PePIMA) Daerah Rompin. Semoga Allah S.W.T memberikan Taufiq dan Hidayah-Nya kepada saudara-saudara baharu ini untuk terus istiqamah mempelajari dan mengamalkan ajaran Islam sehingga ke akhir hayat mereka.