ROMPIN. 03 November 2021 – Sekolah Menengah Agama (SMA) Rompin telah menerima sumbangan berjumlah RM 12,190.00 dari Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bagi tujuan pembelian kerusi dan meja yang baharu untuk kegunaan Makmal Komputer di sekolah menengah agama berkenaan. Pihak MUIP telah diwakili oleh Ustaz Muhammad Nabil Bin Mohamad Fauzi, Pengurus MUIP Cawangan Daerah Rompin manakala SMA Rompin pula diwakili oleh Pengetuanya, Puan Lelawati Binti Muhamad Noor dalam satu acara penyerahan ringkas yang diadakan di sekolah berkenaan. Diharapkan dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi dan semangat kepada SMA Rompin bagi melipatgandakan usaha mereka bagi melahirkan generasi yang tidak hanya cemerlang dalam aspek ukhrawi sahaja, malah tidak ketinggalan juga dalam aspek duniawi terutama di dalam era yang melibatkan Media Arus Perdana ketika ini.