ROMPIN. 20 Oktober 2021 – Seorang Saudara Baharu dari Kampung Orang Asli (KOA) Jemeri, Aminah Binti Abdullah, 61 yang menghuni sebuah kediaman yang sangat uzur dan dhaif bersama dengan seorang anak perempuannya dari kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) kategori pelbagai yang berusia 17 tahun telah mendapat perhatian dari Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin. Maklumat berkenaan dengan saudara baharu berkenaan telah diperolehi dari wakil penduduk Islam di KOA berkenaan. Dalam kunjungan berkenaan, pihak MUIP Cawangan Daerah Rompin juga telah menghulurkan bantuan hamper makanan asas kepada Saudara Baharu berkenaan. Bantuan yang selayaknya akan diusahakan bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh saudara baharu berkenaan.