BERA. 20 Oktober 2021 – 20 OKTOBER 2021 – MUIP Cawangan Bera dengan kerjasama Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) dan Pembantu Penggerak Masyarakat Orang Asli (PePIMA) mengadakan Gotong Royong melibatkan beberapa Surau Perkampungan Orang Asli Daerah Bera.

Antara surau yang terlibat iaitu Surau KOA Pelawan, Surau KOA Ibam dan Surau KOA Bongkok.

Kerja- kerja pembersihan melibatkan bahagian luar dan dalam surau di Perkampungan Orang Asli Daerah Bera setelah sekian lama terpaksa ditangguhkan sebarang aktiviti disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Semoga ianya dapat digunakan kembali dengan sebaik mungkin demi mengembangkan Islam di perkampungan tersebut.