TEMERLOH. 24 Julai 2021 – Terima kasih muip di atas bantuan segera buat anak saya, ujur ibu kepada adik nurul yang baru tiba dari hospital kuala lumpur awal pagi tadi.

Adik nurul yang mengidap kanser darah dan juga leukimia kelihatan lemah di rumahnya ketika pihak muip datang ziarah beserta menghantar bantuan ke rumahnya di kg sungai rabit temerloh.

Sebelumnya,ibunya menelefon perihal anaknya yang memerlukan bantuan katil hospital, atas nasihat Doktor bagi memudahkan proses rawatan anaknya di rumah.

Pihak muip terus menghubungi pembekal untuk membeli katil tersebut sekaligus menghantar terus ke rumah penerima. Pengurus muip temerloh juga menghulurkan bantuan makanan asas serta wang tunai kepada adik nurul.

Semoga adik nurul terus kuat dan cepat sembuh serta terima ujian Allah ini dengan redha.

#baitulmalpahang #caknaasnaf #muiptemerloh