TEMERLOH. 23 Julai 2021 – Syukur, Alhamdulillah,terima kasih muip kerana dapat bantu saya sekeluarga bagi bina baru rumah untuk kami, ujar en. ghani ketika pihak muip datang ziarah beliau di kampung bolok, lanchang awal pagi jumaat.

En Ghani mempunyai 3 orang tanggungan dan hanya bekerja kampung kini menetap di rumah ibu saudaranya yang dhaif dan sangat uzur. Beliau yang juga penerima bantuan bulanan zakat dari muip berkata, sekarang sangat susah untuk mencari rumah untuk di sewa.

Beliau yang mempunyai sebidang tanah, berharap agar dapat di bina rumah untuk beliau dapat berteduh dengan lebih baik bersama keluarganya.

Pihak Muip akan membantu beliau agar dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.

#baitulmalpahang #caknaasnaf #muiptemerloh