TEMERLOH. 24 Julai 2021 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah menziarahi keluarga en. Hussain di kg. Bukit kelulut, temerloh bagi melihat keadaan rumahnya yang telah selesai di baikpulih.

Beliau menerima peruntukan bantuan baik pulih rumah daripada Muip bulan lalu ekoran keadaan dapur rumahnya yang terlalu uzur serta di hempap pokok dalam bencana ribut.

Antara kerja kerja baikpulih yang di laksanakan adalah dengan membuat dinding batu menggantikan dinding kayu yang uzur di seluruh bahagian dapurnya. Selain itu kerja membuat tanda tandas baru, memasang tiles seluruh ruang dapur,membuat tablet top baru serta kerja kerja menggantikan atap yang uzur.

Semoga dengan bantuan yang diberikan oleh MUIP dapat memberi keselesaan dan kegembiraan buat en hussain sekeluarga.

#caknaasnaf #muippahang #muiptemerloh