MUADZAM SHAH. 15 Julai 2021 – MUADZAM SHAH, 15 JULAI 2021- Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah hari ini bersama-sama Ketua Kampung Aur telah menyantuni golongan yang kurang berkemampuan, seterusnya menyerahkan sebuah kerusi roda (dari sumber zakat) kepada keluarga tersebut.

Agihan zakat ini diharapkan dapat meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh mereka dan didoakan agar mereka redha dengan ketentuan takdir. MUIP Cawangan Muadzam Shah sentiasa bekerjasama dengan semua pihak di dalam usaha memastikan golongan yang memerlukan dapat dibantu sesuai dengan keperluan mereka.

Untuk sebarang permohonan berkaitan zakat, silalah menghubungi nombor telefon pejabat MUIP Muadzam Shah di talian 09-4523324. Borang permohonan zakat boleh diperolehi dari laman Web rasmi MUIP iaitu www.muip.gov.my atau boleh diambil secara percuma di hadapan pejabat MUIP Cawangan Muadzam Shah.