TEMERLOH. 14 Julai 2021 – Pengurus Muip Caw Temerloh bersama Al Fadhil Qadhi Daerah Temerloh serta Pengurus Pusat Kutipan Zakat Pahang Zon Barat hari ini telah melihat pelaksanaan Dapur Zakat di Masjid Bukit Bendera Mentakab awl pagi ini.

Dapur Zakat merupakan inisiatif pihak Majlis Ugama Islam Pahang yang di buat di seluruh masjid dalam negeri pahang dalam membantu masyarakat yang terjejas akibat PKP kali ini.

Pihak Muip telah menyalurkan wang tunai kepada pihak masjid untuk mereka membeli makanan keperluan asas dan di letakkan di sudut masjid bg memudahkan golongan terjejas mendapatkan bantuan.

Selanjutnya, Pihak Muip Caw Temerloh, telah menyantuni ibu tunggal yang memelihara 4 orang cucu di taman mentakab indah. Dalam ziarah tersebut, pihak muip menghulurkan hamper makanan asas serta akan memberi bantuan sewajarnya.

#baitulmalpahang #terimakasihpembayarzakat #muiptemerloh #asnafzakat