KUALA LIPIS. 15 Julai 2021 – MUIP Lipis baru-baru ini telah melakukan siasatan di Kampung Kerambit, di mana saudara Azhar bin Ahmad telah menghantar permohonan baik pulih bagi rumah beliau yang uzur.
Beliau yang bekerja sebagai penebar roti canai, berusaha mengumpul wang bagi membaiki rumahnya, namun tidak kesampaian memandangkan komitmen yang ditanggungnya, tambahan pula perniagaannya tidak lincah seperti sebelumnya disebabkan wabak pandemik 19 yang melanda.
Dengan keadaan rumahnya yang agak uzur ini, pihak MUIP akan cuba membantu saudara Azhar Ahmad dengan sebaik dan selayaknya bagi memberi keceriaan dan keselesaan kepada beliau sekeluarga.