MUADZAM SHAH. 10 Mei 2021 – Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi di bulan Ramadhan yang mula ini seorang lelaki melafazkan syahadah memeluk Agama Islam di pejabat MUIP Cawangan Muadzam Shah.
Beliau yang menetap di KOA RPS Kedaik menerima wang tunai RM500 beserta kelengkapan ibadah sebaik sahaja melafazkan syahadah dan melengkapkan butiran yang diperlukan pada borang pendaftaran.
Semoga beliau dapat memelihara kesucian Agama Islam ini dan berusaha untuk mendalaminya lagi dengan menghadiri kelas-kelas fardhu ain yang sedia ada.