MUADZAM SHAH. 10 Mei 2021 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengagihkan barang keperluan memasak kepada 300 buah rumah yang terlibat PKPD di Kampung Meripoh dan Kota Bahagia, Muadzam Shah.
Semoga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menceriakan warga penduduk yang diminta agar tidak keluar dari kediaman mereka akibat penularan wabak covid 19.