ROMPIN. 05 Mei 2021 – MUIP Cawangan Daerah Rompin telah melaksanakan agihan Bantuan Tahunan Aidilfitri kepada golongan saudara baharu di seluruh Daerah Rompin. Agihan berkenaan telah dilaksanakan di Pejabat MUIP Cawangan Daerah Rompin. Agihan berkenaan telah dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) serta dijalankan dalam beberapa sesi selama 3 hari bermula pada 5-7 Mei 2021 bagi mengelakkan perkumpulan secara ramai penerima-penerima bantuan berkenaan, terutama ketika seluruh negara sedang diancam dengan penularan virus covid-19 yang semakin mengganas. Seramai 158 orang ketua keluarga dan individu Muallaf yang majoritinya terdiri dari kalangan Masyarakat Orang Asli dari suku kaum Jakun, serta sebilangan kecil Muallaf dari pelbagai bangsa seperti Cina, India, Kadazan, Iban, Rungus dan lain-lain telah menerima Bantuan Aidilfitri berkenaan. Sebanyak RM 60,000 telah diperuntukkan oleh MUIP untuk bantuan berkenaan. Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan yang dihadapi oleh golongan berkenaan untuk menyambut perayaan Aildilfitri yang bakal tiba serta menggembirakan mereka, disamping mengeratkan hubungan silaturrahim antara mereka dan agensi agensi agama di daerah Rompin khususnya, dan Masyarakat Islam di Daerah Rompin amnya.