TEMERLOH. 25 Julai 2019 – Sebanyak 25 buah keluarga telah diziarahi dalam Program Jejak Asnaf di Mukim Mukim Sanggang 2 Daerah Temerloh pada 25 Julai 2019 yang lalu. Program anjuran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh ini turut disertai oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Temerloh dan mendapat kerjasama oleh penghulu serta ketua kampung dalam mukim tersebut. Antara kampung yang diziarahi dalam Mukim Sanggang 2 adalah kampung Bintang, Kampung Berhala Gantang, Kampung Badok, Kampung Sanggang Seberang dan Kampung Teluk Sentang. Tujuan program ini diadakan bertujuan menjejaki asnaf fakir miskin yang tidak berkemampuan dan terlepas daripada menerima bantuan zakat berikutan tiada maklumat yang diperolehi serta cara memohon bantuan zakat. Dalam program ini juga asnaf yang diziarahi turut menerima sumbangan hamper barang asasi bagi membantu meringankan beban sara hidup mereka.