PEKAN. 08 Ogos 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menyerahkan bantuan zakat kepada para pelajar yang memerlukan di Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa. Bantuan ini diharapkan dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk keperluan pendidikan dan pembelajaran. Hadir bersama Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa Encik Azhar Bin Jamin yang turut memberikan kata-kata motivasi dan semangat kepada para pelajar.